Monday, February 20, 2012

hitam putih

bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)

makin lama makin berjinak dalam alam 'pemuda'. makin banyak benda aku dapat rasa. daripada sekecil kecil benda hinggalah sebesar besarnya.

paling aku akui. bila perubahan dalam 'dunia' ni paling aku rasa.

ayat buat aku terasa,

" kalau dulu kita boleh gelak gelak banyak. sekarang, berhentilah. dah tiba masa untuk kita nangis bila tengok keadaan umat sekarang. kita bincang pasal masalah umat pon boleh lagi nak gelak gelak. tapi, sedarlah umat kita dah tenat sangat sekarang. "

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah.

banyak benda yang kena diubah.

kalau dulu, banyak baca buku buku novel.
sekarang, dah kena baca banyak buku buku fikrah.

ada sorang ustazah pernah kata,

" ustazah yang banyak komitmen ni pon boleh baca banyak buku fikrah di usia tua. antum yang tua takkan tak boleh? "

kalau dulu, selalu acuh tak acuh nak ikut program tarbiyah.
sekarang, kena mula rasa PERLU.

kalau dulu, asyik malas nak baca sirah.
sekarang, dah kena mula selak sirah nabi dan sahabat.

kalau dulu, asyik nak habiskan masa dengan benda tak berfaedah.
sekarang, kena sibukkan dri dengan kerja dakwah.

kalau dulu, hidup asyik nak rasa down tak tentu pasal.
sekarang, kena sedar. ada banyak ikhwah kat luar yang sedang berdiri kat belakang.



tu lah hidup. kena ada perubahan. takkan nak asyik duduk dalam keadaan JAHILIYYAH sepanjang masa kan. kena jugak buat perubahan untuk keluar dari kepompon tu. sedar sedar dan sedar, UMAT SEKARANG SEDANG TENAT. kita? masih duduk rumah, goyang kaki, gelak gelak, tonton tv. astaghfirullah.

aku pon kadang kadang jatuh tak tentu pasal.

kadang kadang, masa seakan datang menghimpit.
dunia seakan jadi kelam.
semuanya seakan jadi serba tak kena.
rasa macam nak keluar je dari 'jalan' ni.

tapi, teringat bait bait kata seorang ustazah,

" kalau jadi daie, memang akan ada banyak ujian. diuji dengan masa senang, diuji dengan dunia dan kebendaan, diuji dengan perasaan, diuji dengan mutarobbi. "

dah tiba masa untuk buat perubahan.

ingat,

ISLAM TAK AKAN BANGKIT BERSAMA PEMUDA YANG JAUH DARIPADA ALLAH.

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah.

maaf. hanya sekadar post muhasabah.

agar . . . , hati ini sentiasa TERBUKA.

Sunday, February 12, 2012

tanda seru!

bismillahirrahmanirrahim,

JALAN DAKWAH.

aku mulakan dengan analogi common yang biasa kita dengar. sila tengok gambar kat atas? yup, betol. anda nampak sebuah jalan yang panjang yang straight. dan, kita tak nampak pon penghujungnya.

tapi, kalau aku cakap aku nampak banyak batu batu kat jalan. dan, batu batu boleh halang perjalanan mana mana kereta saja yang lalu kat jalan atas ni, percaya tak?

oh kenapa tak? sebab anda tak nampak pon kan batu batu PENGHALANG kat situ?

dan, itulah analogi yang biasa kita dengar bila orang kata, kita dah mula berjinak dengan jalan dakwah.

orang selalu kata, bila sekali kita dah masuk dalam jalan dakwah, kita kena bersedia dengan cabaran yang banyak dalam kita nak sebar luaskan dakwah. itulah analoginya kalau kita tengok gambar kat atas.

jalan yang panjang itu ibarat jalan dakwah kita. dan penghujung atau tujuan kita adalah Allah. dan, batu batu penghalang yang aku cakap tadi ibaratnya macam tribulasi atau pon mehnah yang bakal kita lalui bila kita dalam jalan dakwah.

sebab apa. kita tak pernah nampak pon kan batu batu. walaupun kecil, mungkin boleh jadi penghalang perjalanan kita. hingga menyebabkan kita tersadai kat tepi jalan. apa yang nak cuba aku kaitkan dengan jalan dakwah adalah ujian itu pasti. teringat kata kata ustaz yasir, " dakwah tak akan terjadi tanpa tentangan. "

aku bukanlah orang yang makan garam banyak dalam dakwah dan tarbiyah ni. mula serius dengan jalan ni pon waktu aku sekolah menengah.

aku teringat dengan luahan seorang sahabat aku.

" muaz, kadang kadang ana rasa lemah. nak putus asa je rasa. lagi lagi bila bawak usrah, seakan macam apa yang kita bagi kat diaorang macam tak meresap kat dalam hati je. berat jugak rasa jadi murobbi. lagi lagi bila kita pon banyak dosa nak bimbing hati orang. "

aku selalu ingatkan orang sekeliling aku dan jugak diri aku sendiri. kadang kadang, kita ni terlalu sangat berfikiran sempit. bila kita dah dapat tanggungjawab, mesti cepat rasa terbeban. cuba bagitahu aku, ada ke orang yang tak rasa beban LANGSUNG bila dapat tanggungjawab.

cuba kita ambil dari aspek positif, kadang kadang bila kita dibebankan dengan tanggungjawab, kita mampu untuk berubah jadi lebih baik. contohnya, bila kita fikir untuk buat dosa atau maksiat. kita akan fikir 2 kali. "aku dahlah pemimpin, takkan nak buat dosa dengan maksiat pulak kan". jadi, lama lama kita akan cuba jauhkan diri dari segala benda yang dapat jejakkan diri kita kat maksiat.

itulah aspek positifnya. dan, aku selalu cakap kat skuad pengawas aku tahun lepas waktu majlis perpisahan. aku lebih suka gunakan term dai'e berbanding pengawas. sebab? kita seru orang untuk patuhi peraturan dan kita jugak nak cegah perkara mungkar. jadi, bersyukurlah. dapatjadi dai'e secara tak langsung. dapat PAHALA FREE je kalau kita ikhlas.

samalah jugak bila kita nak bimbing hati orang. nak sentuh hati bukan benda yang mudah. lagi lagi bila jadi murobbi yang nak sentuh hati mutarobbi kan. kita lah dulu yang kena baikkan diri kita. kena sucikan hati dulu. sebab nak sentuh hati yang suci, kenalah ada dan punyai hati yang suci. tak gitu? hihi.

dan, yang penting. bila dah terlibat dalam dakwah. mad'u mahupun hati mad'u kita bukan milik kita. hati mereka, pastinya MILIK ALLAH. kita hanya bertindak sebagai alat yang nak ajak mereka untuk buat baik. selebihnya, mereka sendiri pilih nak ikut atau tak.

mungkin sedikit perkongsian hati yang boleh aku cerita. jujurnya, aku baru nak mula berjinak jinak dalam jalan ni. jadi, andai kata ada salah dalam post ini, sila betolkan. aku tahu, anda yang baca post ini. pastinya, lebih banyak makan garam dari aku kan.

jadi, sama sama kita pelihara hati yang suci. jom! :)

wallahu'alam.
Muaz's ='D

Thursday, February 9, 2012

Allah, ampuni aku.

entah kenapa. RINDU. apa khabar ye iman mereka sekarang? :O

semangat rajin datang tiba tiba. 2 post dalam kurang 24 jam. tak pernah aku buat. catat rekod sebenarnya *ceh padahal nampak sangat tak ada kerjanya -,-

orang kata, hidup manusia macam roda. kadang kadang, kita ada kat atas. kadang kadang, kita ada kat bawah. iman manusia pon ada naik turunnya. dan, aku pon manusia. jadi, aku pon akan hadapi masa naik turunnya. dan, pastinya, anda pon sama.

umi selalu ingatkan kitaorang, adik beradik. kalau nak buat sesuatu, kena berbalik kepada Allah. apa yang uniknya bagi aku peringatan yang ummi selalu bagi adalah contohnya bila keputusan periksa, tak cemerlang. ummi takkan cakap, tulah siapa suruh tak belajar semua. tapi, ummi akan cakap,

" tulah. tengok balik diri. selalu buat perkara sunat atau tak "

kadang kadang, buat aku terfikir. mungkin kita selalu sangat tengok benda yang sempit. contohnya, macam tadi la. bila keputusan teruk, alasan kita tak belajar semua. tapi, kenapa tak cuba tengok benda yang lebih luas. contohnya, hubungan kita dengan Allah macam mana?

mungkin sebab tu kadang kadang kita rasa lemah tak tentu pasal. hubungan dengan Allah tak dijaga sepenuhnya. jadi, mungkin sebab tu kita rasa seakan diuji bila benda benda yang kita tak suka semua datang secara mendesak.

jujurnya, aku pon sekarang rasa seakan terseksa. bila muhasabah balik setiap kali sebelum tidur. ada benar sangat apa yang ummi kata selalu. hati jadi resah, bila amalan sunat makin lama makin terabai. masa banyak sangat dibazirkan dengan perkara yang tak berfaedah.

hingga kadang kadang, ummi jadi marah bila aku sendiri liat nak bangun solat subuh. astaghfirullah, perkara macam ni buat aku rasa lemah. dan, bila difikir balik, memang hablum minAllah itu kurang sangat.

astaghfirullah astaghfirullah.

untuk anda yang sedang baca post ni *erk ada ke orang nak baca blog ni? Tak kesah lah baca ke tak kan. tapi, ajak ajak lah diri untuk selalu nak ber-muhasabah. Umar Al-Khattab yang keras hatinya pon boleh menangis bila dengar ayat quran. takkan kita tak boleh nak nangis bila ingat diri bergelumang dengan pelbagai dosa.

aku jugak pernah ditanya oleh seorang sahabat aku.

" macam mana nak istiqamahkan diri. sekarang rasa macam terlibat dengan banyak dosa. "

lebih kurang la soalan dia macam tu. bila aku tahu aku pon terdiam. sebab aku pon masih terlibat dengan dosa. tapi, tak ada yang mustahil bila tengok balik ayat al-quran,

" Allah tak akan ubah kedudukan sesuatu kaum melainkan mereka ubah dengan diri mereka sendiri "

jadi, diri kita? adalah sahabat terbaik kita. selalu aku ingatkan mutarobbi aku. hanya diri kita je tahu apa yang terbaik untuk kita. dia yang akan rasa sakitnya macam mana. jadi, hargailah diri kita macam mana kita hargai sahabat kita yang lain.

sebab kalau kita hargai sahabat, kita akan buat baik kat dia sentiasa. sama lah macam diri kita, kalau kita sayang diri kita, kita akan pelihara diri kita dari azab api neraka dan kita akan sama sama bawak masuk diri kita ke dalam syurga.

moga ada manfaatnya apa yang ku kongsi. jumpa lagi dala post seterusnya.

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah.

insan biasa,
Muaz's ='D

Wednesday, February 8, 2012

sebelum aku tidur . . ?

bismillahirrahmanirrahim.

okay. aku tahu. tajuk entri yang agak tak bertempat. hakikatnya, sebelum aku masuk tidur, aku nak kongsi peristiwa yang pernah berlaku kat aku beberapa minggu lepas. entah kenapa. baru hari ni hati aku tergerak untuk cerita.

oh sebelum tu, kalau tak nak baca panjang panjang, summary cerita ni ada kat status facebook aku *maaf ini bukan nak cari publisiti murah.

okay, terus ke fokus utama.

###################

hari tu, aku jalan jalan bawak budak budak ikhwah dari luar jalan jalan keliling kl. budak budak sesat tak jumpa pustaka mukmin. haha. kalau ingat balik, gelak aku. lepas penat, duduk kat bangku sambil minum air dan borak.

tiba tiba . . . ,

datang seorang abang. bercerita tentang Islam, perjuangan nabi dan segalanya. lepas dah habis cerita semua, abang tu promote minyak wangi. tapi, kitaorang tolak. lepas kitaorang tolak. tiba tiba, abang tu keluarkan satu statement yang agak keterlaluan, aku kira.

" kalau kamu tak nak beli minyak wangi ni, untuk bantu Islam. KAFIR lah namanya. "

yup. terkejut? Kafir terus tak beli minyak wangi? wow! hebat mereka zaman sekarang.

sepanjang perjalanan balik, memang kitaorang tak puas la dengan statement yang diberi. nak je kitaorang selesaikan. tapi, nak buat macam mana. aku terpaksa gerak awal.

apa yang aku rasa, memang betol cara yang digunakan oleh abang tu untuk nak sebarkan dakwah semua. tapi, apa yang buat aku tak puas hati adalah dengan cara yang digunakan. mendekati orang yang didakwah (mad'u) hanya ingin jalankan perniagaan.

bila tak dapat respon positif, terus keluarkan statement yang aku rasa agak biadap. sebab apa? matlamat tak pernah menghalalkan cara. mungkin matlamat abang tu betol untuk berdakwah. namun, cara yang digunakan buatkan kitaorang rasa sakit.

apa yang penting, hidayah bukan berada di tangan manusia. siapa kita? manusia yang hina di depan Allah yang penuh dengan dosa. selalu buat salah. selalu ulang khilaf yang sama. soalannya, patut ke kita yang macam ni nak tentukan orang itu kafir atau tak. sedangkan hidayah tu sendiri adalah milik Allah.

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (QS (Surah al-An’am, ayat 125)

maaf. post aku kali ni, bukan untuk nak salahkan abang tersebut mahupun pendakwah kat luar sana. tapi, nak ajak semua berfikir.

lepas daripada peristiwa tu, buat aku terfikir dan lebih berhati hati.

supaya tak tersalah langkah dalam nak berdakwah. bagi aku, dakwah kepada orang ramai bukanlah satu paksaan. dan aku sendiri jenis tak suka paksa. tak bermakna, orang tu tak nak terima apa yang kita dakwahkan, dia adalah kafir. jujurnya tak!

mungkin, dia perlukan masa untuk nak terima benda yang di luar jangkaan kepala otak dia. kat situlah analoginya. minyak wangi yang abang tu jual ibarat apa yang kita dakwahkan. jalan dakwah itu sumpah osem panjang!

tak semestinya, sepanjang masa kita akan dapat mad'u yang mudah untuk terima. kadang kadang, kita akan diuji juga. bila selak sirah saja, banyak je kisah yang boleh diambil iktibar.

jadi, sama sama koreksi diri. bagi aku peristiwa yang berlaku ni bagi kesan kat aku. memang misi semua orang sama adalah sama. tapi, kadang kadang caranya perlu kita perbaiki. sebab apa yang kita nak ubah adalah masyarakat. dan, masyarakat itu juga adalah manusia. perlukan pendekatan yang sebaiknya.

maaf. sekiranya anda tak bersetuju dengan post aku kali ini. insyaAllah, terima untuk terima sebarang komentar mahupun teguran.

" dakwah kita, bersenjatakan kasih sayang :) "

wallahu'alam.

yang berkongsi,
Muaz's ='D

Sunday, February 5, 2012

P A S R A H . . . . ?

bismillahirrrahmanirrahim,

hehe. tajuk post yang agak bikin panas (?)

mungkin post kali ni lebih kepada apa yang aku rasa. jadi, andai kata anda terasa atau tidak setuju dengan apa yang aku coretkan ini, maaf. mungkin ini hanya sekadar perkongsian daripada seorang yang baru setahun jagung nak kenal DUNIA, mungkin.

*********

terus kepada fokus utama . . . ,

kadang kadang, bila orang tegur kita. cepat saja kita rasa tak puas hati dengan dia. kadang kadang juga, ego kita naik meninggi. bila orang yang tegur kita adalah orang yang kata kita, 'low profile' dari kita. maaf. kita kat sini saya tak maksudkan anda. mungkin, mereka yang berada di luar sana.

itulah manusia. cepat sangat buat tafsiran sendiri. bila orang tegur kita, kenapa susah sangat untuk kita terima? bukan ke orang yang perbaiki diri adalah orang yang Allah suka. kita selak al-quran, Allah ada kata,

" sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat "

apa yang saya nak kita semua lihat adalah kepada perkataan bertaubat. bukan ke bila orang tegur adalah masa yang sesuai untuk kita muhasabah? dah memang disarankan pon untuk kita yang penuh dengan dosa dan khilaf untuk selalu muhasabah. lagi lagi bila sebelum tidur.

sebab apa? supaya hari esoknya kita dapat perbaiki apa kesilapan kita pada hari ini. dalam hadis nabi pon ada kata,

" manusia yang celaka adalah semalam lebih baik daripada hari ni "

tak rasa macam satu penampar hinggap kat muka ke? nabi kata celaka terus untuk siapa yang hari ni lagi teruk. nauzubillah. moga Allah jauhkan saya, anda dan mereka di luar sana daripada golongan ini.

berbalik kepada permulaan post saya. kita hidup dengan ramai saaaaaaaangat orang. sebab tu dalam al-quran Allah suruh kita saling berkenalan.

" hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami ciptakan kamu bersuku suku dan berbangsa bangsa untuk saling kenal mengenal "

jadi, sebab tu lah dia berani nak tegur kita? sebab dia dah kenal kita macam mana kan? bukan macam tu? jom sama sama tengok balik diri!

tapi, ada lagi satu benda yang aku nak cakap.

apa yang aku tulis kat blog ni tak semestinya menunjukkan aku seorang yang sempurna. hidup manusia ada juga naik turunnya. iman kita pon ada naik turunnya. jadi, kalau ada post yang macam tiba tiba pelik (?) mungkin lebih baik anda yang membacanya tanya terus kepada tuan punya blog.

kerana apa? sebab dengan andaian anda yang entah betol atau tidak, mampu untuk menjadikannya sebagai FITNAH. oh maaf kalau anda terasa. saya tak berniat untuk menulis entri kali ini dalam bentuk emosi yang mengganas.

cuma, apa yang saya nak anda semua tahu, post saya semuanya berkisar tentang hidup saya SENDIRI. saya cuba jadikan blog ini sebagai blog yang bermanfaat. sebab apa? sebab kat akhirat nanti, blog ini juga akan menjadi persoalan Allah buat saya.

jadi untuk anda, saya minta tolong lepas ni, jangan terlalu bermain dengan andaian. saya teringat kata seorang senior saya,

" dalam jalan dakwah bahaya sekiranya wujud banyak andaian. "

sebab andaian itu mampu menjadikan keadaan lebih buruk. macam mana nak hilangkan andaian? tanyalah kepada orang yang sepatutnya untuk mendapat penjelasan yang lebih. masalah pon tak timbol, hidup pon senang, insyaAllah.

apa yang saya harapkan adalah sama sama perbaiki diri. ingat, setiap manusia Allah berikan perasaan yang cukup sempurna. mungkin sebab kita saja, hubungan antara manusia boleh rosak. bukan ke kunci kejayaan kita adalah.

" jaga hubungan dengan Allah dan juga MANUSIA? :) "

akhir kata, jom! sama sama kita perbaiki diri. untuk anda yang faham apa yang saya coretkan ini, saya dah MAAFkan anda. cuma anda perlu lebih berhati hati lepas ini dalam buat ANDAIAN :)

oh. apa pun, saya minta maaf kalau anda tidak senang dengan entri saya kali ini. mungkin sedikit peribadi. tapi, dengan cara ini saja, saya dapat berikan penjelasan sepenuhnya. maaf maaf dan maaf.

saya terima sebarang teguran yang MEMBINA daripada semua. sungguh, Allah lebih mengetahui akan apa yang sedang berlaku.

jazakumullah khair buat anda. moga tiap langkah perubahan yang kita ambil, Allah mudahkan.

jom sama sama kita jaga hati kita dan kita cuba jaga hati semua orang :)

" tidak beriman seseorang itu melainkan dia cinta sahabat dia melebihi dirinya sendiri "

jom kita praktikkan!

uhibbukumfillah!

Muaz's ='D